Wednesday, August 29, 2018

Kursus Asas Ternakan Kuda Laut Siri 01/2018

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson berjaya mengendalikan Kursus Asas Ternakan Kuda Laut Siri 01/2018 pada 28 Ogos - 29 Ogos 2018. (Nawar Bin A.Karim, Ahmad Sabri Bin Katiman, Amar Fakar Adzuan Bin Roslan, Mohd Farazul Bahari Bin Yusoff, Yusri Bin Yusof, Kasim Bin Tawe)

Di sini, saya mengkongsikan CITES-Prosedur Ternak, Import dan Eksport Kuda Laut, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Putrajaya (Yusri Bin Yusof)

Apa perlu saya buat untuk Eksport / Import / Eksport semula / Angkut Spesies Terjadual dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686)?

Hanya generasi F2 dan ke atas spesies terjadual yang dihasilkan secara pembiakbakaan dari ladang-ladang yang didaftarkan di bawah sekretariat CITES, Geneva dan Akta 686 boleh dieksport.

Pendaftaran di bawah sekretariat CITES Geneva dan Akta 686
  1. ajukan kertas cadangan (proposal) yang berpandukan Annex 3 ke Cawangan CITES, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya.
  2. Semakan proposal dan pemeriksaan ladang akan dijalankan oleh Jabatan Perikanan.
  3. Proposal yang memenuhi keperluan Annex 3 bagi ladang yang lulus pemeriksaan ladang akan dimajukan ke Sekretariat CITES, Geneva, Switzerland.
  4. Sekretariat CITES, Geneva, akan mempamerkan nama syarikat/ladang yang lulus pendaftaran dalam laman web CITES di alamat www.cites.org
  5. Syarikat yang lulus pendaftaran di Sekretariat CITES, Geneva akan didaftarkan di bawah Akta 686
Nota:
  • Tiada bayaran bagi pendaftaran di bawah Sekretariat CITES, Geneva.
  • Fi RM 200 bagi pendaftaran kali pertama dan RM 100 bagi pembaharuan pendaftaran setiap tahun di bawah Akta 686.
  • Pemeriksaan ladang akan dilakukan bagi tujuan pembaharuan pendaftaran tahunan.
  • Annex 3 boleh didapati di laman web Jabatan Perikanan Malaysia di alamat www.dof.gov.my
  • Ladang yang belum lulus pendaftaran di bawah Sekretariat CITES, Geneva boleh memohon untuk mendaftar di bawah Akta 686 tetapi tidak layak mengeksport produk sehingga lulus pendaftaran di bawah Sekretariat CITES, Geneva.
Senarai Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi:
1.Pendaftaran ladang di bawah Sekretariat CITES, Geneva
  • Proposal mengikut keperluan Annex 3
2.Pendaftaran Ladang di bawah Akta 686
  • Borang permohonan pendaftaran FC01/11
  • Maklumat kelulusan pendaftaran di bawah Sekretariat CITES, Geneva
  • Laporan pemeriksaan ladang FC01A/11
  • Surat tawaran pendaftaran ladang di bawah Akta 686 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikana Malaysia.
3.Permohonan Permit Eksport CITES
  • Borang FQ1
  • Salianan Invois yang sah
  • Senarai nombor cip ikan yang disahkan oleh Pejabat Perikanan Daerah.
4.Permohonan Permit Import CITES
  • Borang FQ1
  • Salianan Invois yang sah
  • Permit eksport CITES daripada negara pengeksport spesies terjadual yang akan diimport adalah yang akan dieksport semula oleh negara pengeksport
  • Pengesahan daripada MAQIS bahawa spesies terjadual yang akan diimport memang telah dieksport, jika yang akan diimport itu adalah berasal dari Malaysia.
5.Permohonan Perakuan/Eksport Semula CITES
  • Borang FQ1
  • Salinan Invois yang sah
  • Borang FC05/11 atau FC06/11 (Bukti spesies terjadual tersebut telah diimport)
  • Senarai nombor cip ikan yang disahkan oleh Pejabatan Perikanan Daerah.
  • Pengesahan daripada MAQIS, bahawa spesies terjadual tersebut telah dibawa masuk ke negara ini.
6.Permohonan Permit Angkut CITES (antara Semenanjung ke Sarawak, Sabah, Labuan dan Sebaliknya)
  • Borang FQ1
  • Senarai nombor cip ikan yang disahkan oleh Jabatan Perikanan Daerah.
Nota:
  1. Semua borang boleh didapati di Laman Web Jabatan Perikanan alaysia di alamt: www.dof.gov.my
  2. Permit eksport CITES ikan arowana sahaja dikeluarkan. Bagi spesies lain hanya permit import dan perakuan eksport semula sahaja dikeluarkan.
Tempoh Sahlaku Pendaftaran Ladang/Permit/Perakuan CITES
  1. Pendaftaran ladang di bawah Sekretariat CITES, Geneva-Berterusan melainkan dibatalkan atau syarikat dibubarkan
  2. Permit eksport/import/eksport semula CITES-6 bulan
  3. Permit angkut ikan hidup bagi spesies terjadual CITES-14 hari
Bayaran bagi Permit/Perakuan CITES
  1. Permit eksport CITES-RM 50.00
  2. Permit import CITES-RM 50.00
  3. Perakuan eksport semula CITES-RM 50.00
  4. Permit angkut ikan hidup bagi spesies terjadual CITES-Percuma
Tempat Menghantar Permohonan
Cawangan CITES,
Bahagian Biosekuriti Perikanan,
Jabatan Perikanan Malaysia.
Wisma Tani, Aras 1-6, Blok Menara, Lot 4G2,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 Putrajaya.
Tel: 603-8870 4000 (sambungan 4609 atau 4610)
Faks: 603-8890 3794
Email: cites@dof.gov.my atau abdullah_md@dof.gov.my atau yusri@dof.gov.my

Senarai Spesies Terjadual yang Lengkap boleh didapati dalam jadual ketiga Akta 686

Antara spesies terjadual yang biasa ditemui di Malaysia
1.Lampiran I-(Sangat Terancam)

  • Ikan Arowana (Scleropages formosus)
  • Ikan Temeloh (Probarbus jullieni)
  • Ikan Arapaima (Arapaima gigas)
  • Shortnose Sturgeon (Acipenser sturio)
  • Baltic Sturgeron (Acipenser sturio)
  • Ikan Gergaji (Pristidae spp)
  • Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea)
  • Penyu laut(selain Penyu Belimbing) (Cheloniidae spp)
  • Lumba-lumba (Orcaella brevirostris, Sotalia spp., Sousa spp.)
  • Dugong (Dugong dugon)
  • Semua jenis Ikan Puas
2.Lampiran II-(Terancam)
  • Ikan ameng/Bayan (heilinus undulatus)
  • Stuegeon(selain yang di lampiran I) (Acipenseriformes spp.)
  • Kuda Laut (Hippocampus spp.)
  • Basking Shark (etorhinus maximus)
  • Great White Shark (Carcharodon carcharias)
  • Jerung Puas (Rhicodon typus)
  • Ikan Gergaji (Selain yang di lampiran I) (Pristis microdon)
  • Australia lungfish (Neoceratodus forsteri)
  • Kupang Laut (Lithophaga lithophage)
  • Semua jenis Kima Gergasi (Tridacnidae spp.)
  • Queen conch (Stombus gigas)
  • Antipatharia (Batu Karang) (Antipatharia spp.)
  • Blue oral (Batu Karang) (Helioporidae spp.)
  • Stony oral (Batu Karang) (Scleratinia spp.)
  • Organ Pipe (Batu Karang) (Tubiporidae spp.)
  • Fire oral (Batu Karang) (Milleporidae spp.)
  • Lace Coral (Batu Karang) (Stylasteridae spp.)
  • Dophin, Porpoise, Whale (etacea spp.)
3.Lampiran III-(Terancam di negara tertentu)
  • Timun Laut (Equador) (Isistichopus fuscus)
  • Abalone (Afika Selatan) (Haliotis midae)
  • Walrus (Canada) (Odobenus rosmarus)