Thursday, October 1, 2015

Kursus Ternakan Udang Galah Dalam Kolam (PPA Perlok) 17-21 Ogos 2015

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Perikanan Malaysia dan Penceramah & Pemudahancara di Pusat Pengembangan Akuakultur Kg Perlok yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam Kursus Ternakan Udang Galah Dalam Kolam kepada 22 pelajar pada 17 hingga 21 Ogos 2015.

Selain itu, kepada peminat Akuakultur lain yang ingin menyertai dalam kursus yang akan datang, boleh hubugi Pusat Pengembangan Akuakultur Kg Perlok, Mukim Ulu Cheka, 27030 Jerantut, Pahang di Tel: 09-2601113, Fax: 09-2601110 dan email: ppa_perlok@dof.gov.my

Harap ilmu yang saya perolehi dapat berkongsi dengan rakan-rakan sekalian disini. (Sharing is Caring) Kalau mana ada kolam terbiar disekitar Cheras yang ingin dibangunkan semula, boleh hubungi saya di 011-12885539 atau WhatsApp 016-2108102, Sekian, terima kasih.

Pendahuluan Ternakan Udang Galah
Menternak udang galah adalah pekerjaan sepenuh masa
Menghasilkan udang galah berkualiti tinggi, selamat dimakan, suci, bersih & halal, pengeluaran secara mapan dan mesra dengan alam sekitar.

Akuakultur = Ternakan
Penternak = Wadar, sebab perlu mengepung / mengurung / memenara udang di dalam struktur yang dibina.

Senario Industri Akuakultur Air Tawar yang ingin dilihat-Projek Berdaya Maju
Tapi kebanyakan Projek Gagal-Kolam Terbiar

Mengapa projek akuakultur gagal?
Sikap

  • tidak serius / tidak bersungguh
  • tidak perancangan yang teliti
  • terburu-buru nak buat projek
  • buat dulu belajar kemudian
  • nak cuba, try, test bela udang
  • mengambil kesempatan di atas bantuan / tawaran pelbagai pihak / agensi
Pengetahuan & Kemahiran
  • tiada asas / ilmu yang berkaitan
  • buat projek secara ikutan
  • tidak pernah / mahu hadir kursus
  • tidak merujuk kepada Jabatan
  • tidak tahu kewujudan Jabatan Perikanan
Kewangan
  • duit tak cukup
  • tiada sumber pembiayaan
Tapak
  • tak sesuai
  • teliti pilih tapak
  • tiada pemilihan tapak dibuat
Udang Air Tawar

  • lebih 200 spesis udang air tawar daripada Genus Macrobrachium
  • terdapat di kawasan tropika & sub tropika
  • dijumpai secara asli di semua benua selain Benua Eropah
  • terawal, Macrobrachium carcinus (Linnaeus, 1758)
  • terkini, Macrobrachium sirindhorm (Naiyanetr, 2001)
  • terkenal M.lanchesteri, M.japonicum, M.lar, M.nipponense, M.malcomsonii, M.rosenbergii
Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)
  • dijumpai secara asli di seluruh Asia Tenggara, Asia Selatan, Ocenia Utara dan Kepulauan Barat Pasifik seperti di
  1. Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Brunei Darussalam
  2. India, Sri Langka
  3. Australia Utara, Papua New Guinea
  • ada di perairan berhubungan dengan laut
  • kawasan air payau untuk pembiakan, membesar air tawar
  • kini diternak di 40 buah negara bukan asli seperti Hawaii, Mauritius, Taiwan, China, Isreal, Costa Rica, Mexico, Amerika Syarikat, Zambabwe, Brazil dan Equadar
Sejarah Ternakan Udang Galah
  • secara tradisi dengan memerangkap udang galah liar di sawah padi di Asia Tenggara
  • 1961-1962, Dr Shao Wen Ling (FAO) & Merican (DOF) berjaya menghasilkan benih udang galah di Institut Penyelidikan Perikanan, Pulau Pinang
  • 1973-1974, Takuji Fujimura & Micheal New menjalankan kajian pembenihan & ternakan udang galah di Hawaii, Thailand & Taiwan
  • 1980, ternakan secara komersial bermula di Thailand
  • 1980, Jabatan Perikanan bina pusat pembenihan udang galah di Teluk Kemang, Port Dickson, Kg Acheh, Sitiwan dan pantai Sabak, Kota Baru
  • 1982, ternakan udang galah secara polikultur dengan ikan kap mula dperkenalkan
  • tengah 1990'an, ternakan secara komersial bermula di Perak
  • > 1995, banyak hatceri udang galah swasta beroperasi
Kenapa Ternak Udang Galah?
  • udang air tawar terbesar
  • cepat membesar
  • ada benih daripada hatceri
  • ada teknologi ternakan
  • permintaan tinggi
  • harga tinggi & stabil 
  • margin keuntungan besar
Pengeluaran Udang Galah Di Malaysia
Tahun                     Tan Metrik
2013                       456,610
2012                       318,400
2011                       334,440
2010                       619,220
2009                       551,600
2008                       335,500
2007                       219,158
2006                       193,760
2005                       205,033

Pengeluaran Udang Galah Mengikut Negeri 2009
  1. Sarawak             140.00 Tan
  2. Perak                  120.80 Tan
  3. Negeri Sembilan  103.11 Tan
  4. Johor                     32.91 Tan
  5. Kedah                   29.93 Tan
  6. Pahang                  13.02 Tan
  7. Terengganu            10.08 Tan
  8. Jumlah                  551.60 Tan                          
Pengeluar Udang Galah Terbesar
  1. China
  2. Thailand
  3. India 
  4. Bangladesh
  5. Taiwan
Teknologi Ternakan Udang Galah
1.Ekstensif (Sambilan)
  • Kadar penebaran, < 5 ekor / m 2
  • Makanan semulajadi
  • Pengurusan rendah
  • Tidak perlu pengudaraan tambahan
  • Risiko rendah
  • Hasil rendah < 1.5 tan / hektar
2.Separa intensif (Part-time)
  • Kadar penebaran sederhana, 5-10 ekor / m 2
  • Pengurusan sederhana
  • Makanan semulajadi + palet
  • Tidak perlu pengudaraan tambahan
  • Risiko sederhana
  • Hasil sederhana 1.5-2.5 tan / hektar
3.Intensif (Full-time)
  • Ternakan berkepatan tinggi > 10 ekor / m 2
  • Pengurusan intensif & pengawasan rapi
  • Risiko tinggi
  • Perlu pengudaraan tambahan
  • Makanan rumusan / palet sepenuhnya
  • Pulangan hasil tinggi > 2.5 tan / hektar
4.Polikultur (Campuran)
  • Ternakan secara ekstensif
  • Udang dan ikan diternak dalam satu kolam
  • Udang tebar dulu sebelum ikan 2 bulan kemudian
  • Kadar tebar udang 1-5 ekor / m 2, ikan < 1 ekor / m 2
  • Ikan-ikan herbivor / maun saja contoh
  1. Lampam Jawa        1,500 ekor
  2. Kap kepala besar      600 ekor
  3. Kap rumput              300 ekor
  4. Udang galah         12,500 ekor 
  • Masalah pengurusan & tidak digalakkan
  • Tempoh ternakan lama > 1 tahun
5.Monokultur (Major)
  • Ternak Udang sejenis sahaja
  • Secara ekstensif / separa intensif / intensif
  • Pengurusan lebih mudah
  • Hasil lebih tinggi
a) Ternakan Sepusingan
  • Secara sekaligus daripada benih ke saiz tuaian
  • Kolam dikeringkan dan disediakan untuk pusingan ternakan seterusnya
  • Tempoh ternakan 6-8 bulan
  • Amalan biasa dan digalakkan
b) Ternakan Secara Berterusan
  • Secara berterusan sehingga lebih 2 tahun tanpa kering kolam
  • Benih ditebar setiap 2-3 bulan atau selepas tuaian dibuat
  • Kepadatan tinggi, benih pelbagai saiz
  • Tumbesaran lambat & kadar hidup rendah
  • Kadar kanabalisma tinggi
  • Hanya udang bersaiz pasaran dijual
  • Pengurusan sukar
  • Tidak digalakkan
5.Integrasi
  • Ternakan haiwan, tanaman & akuakultur dalam satu kawasan
  • Ternakan ikan & udang berkepadatan rendah < 1 ekor / m2
  • Pengurusan minima
  • Tiada pengudaraan
  • Tiada pertukaran air
  • Hanya haiwan diberi makanan
  • Udang makan lebihan makanan ikan dan najis
  • Tidak disyorkan untuk diamalkan
Sistem-sistem Ternakan Udang Galah
1. Koalm Tanah
  • Paling sesuai dan digalakkan
  • Kelebihan ada makanan asli / semulajadi dalam kolam
  • Kos pembinaan kolam murah dan mudah
2. Tangki
  • Simen atau gentian kaca
  • Tidak digalakkan kerana bermasalah
  • Kadar tumbesaran lambat dan kadar hidup rendah
  • Tiada makanan asli
  • Pemberian makanan 100%
3. Kandang / Kepungan
  • Kepungan di kawasan air cetek dalam tasek / empangan
  • Thailand & Sri Langka
  • Hasil memuaskan
4. Sangkar
  • Kajian ternakan dalam sangkar di dalam taliair di Thailand
  • Hasil sangat rendah
5. Sawah padi
  • Thailand, Vietnam & India
  • Tanaman padi setahun sekali
  • Hasil rendah sebagai pendapatan sampingan
Udang Galah Jantan
  • Saiz lebih besar daripada betina pada umur sama
  • Kepala lebih besar daripada betina, badan tirus ke ekor
  • Alat kelamin di antara kaki jalan no 5
Udang Galah Betina
  • Saiz lebih kecil daripada jantan pada umur sama
  • Kepala dan kaki jalan no 2 kecil daripada jantan
  • Badan besar di bahagian tengah untuk kandung telor
  • Alat kelamin di antara kaki jalan no 3
Mengenali Benih Udang Galah
  • Beberapa garisan melintang selari di bahagian kelapa
  • Bentuk sundak / rostrum
Morfologi Udang Galah
  • pelbagai saiz dalam satu populasi
  • kadar tumbesaran berbeza antara individu
  • struktur populasi udang galah
  1. jantan besar / bull males
a) sepit biru (BC)
b) sepit oren (OC)
  1. jantan kecil (SM)
  2. betina bertelor
  3. betina besar
  4. betina kecil
Pusingan Hidup Udang Galah
  • Telor
  1. Pengeraman di antara 18-21 hari, warna telor berubah daripada kuning , kelabu ke hitam
  2. Bilangan telor 500-1,000 biji / gram berat badan indok
  3. Telor menentas dalam air payau ke peringkat rega
  • Rega
  1. Hidup dalam air payau
  2. Sifat planktonik berenang ekor dahulu dalam keadaan terbalik
  3. 11 peringkat rega selama 20-45 hari, menyalin kulit untuk bertukar peringkat
  • Benih
  1. Boleh hidup dalam air payau tapi sesuai air tawar
  2. Menyerupai udang dewasa, berenang kepala dahulu ke hadapan
  3. Mudik ke hulu sungai membesar sehingga dewasa
  • Dewasa
  1. Membesar di air tawar dan matang 4-5 bulan
  2. Balik ke kuala sungai untuk menjalani proses pembiakan
  3. Catadramous
Sifat-sifat Udang Galah
  • Sifat-sifat penting perlu diketahui supaya amalan pengurusan yang dilakukan bersesuaian dengan tabiat semulajadinya
  • Boleh membantu mengatasi masalah semasa mengendalkan pengurusan seharian
  • Meningkatkan penghasilan daripada kolam ternakan
1.Menyalin kulit
  • Untuk membesar perlu menyalin kulit
  • Berlau pertambahan berat badan dan saiz
  • Kekerapan bergantung kepada mutu air, mutu dan jumlah makanan
2.Kawalan Wilayah
  • Sifat mengawal kawasan pada udang galah jantan
  • Mengecilkn kawasan untuk udang-udang lain
  • Udang bersaiz besar perlu dituai
3. Kanabalisma
  • Sifat memakan sesama sendiri
  • Kadar tinggi bila salin kulit tidak sempurna, makanan tidak cukup / tidak bermutu dan kadar penebran terlalu tinggi, kuran tempat berlindung
4. Maserba / Omivorous
  • Tidak memilih makanan termasuk memakan sesama sendiri
  • Makanan dari sumber tumbuhan dan haiwan
  • Palet untuk tujuan ternakan
5. Menjauhi cahaya
  • Peringkat benih hingga dewasa
  • Kesuburan air kolam penting untuk kurangan cahaya
  • Berkumpul di bahagian dalam / tengah kolam waktu siang
6. Waktu Aktif
  • Awal pagi, lewat petang dan malam
  • Berada di tepi kolam mencari makanan
  • Matahari tinggi / air kolam panas, di kawasan air dalam
  • Bersembunyi di tempat perlindungan

Iklan:
  • Benih udang galah boleh contact Ms Han 0165577906 di Pantai Remis, Perak
  • Benih udang galah boleh contact 0192297888 Kg Archeh






Ribuan Terima Kasih kepada:

  1. Mohamad Nazri Bin Puasa, Pusat Penetasan Udang Galah, Kompleks Perikanan Kg Acheh, Sitiawan, Perak. Email: m_nazri@dof.gov.my